Masjid Taman Pulai Indah

Ibadah Korban 2021 MTPI


  • 06 March 2021
  • Aktiviti
  • Superadmin



Hebahan Ibadah Korban 2021  
 
Assalamualaikum kariah Taman Pulai Indah,
 
Masjid Taman Pulai Indah akan membuka peluang untuk melaksanakan Ibadah korban di Taman Pulai Indah sebanyak 15 ekor lembu pada tahun 2021. Seperti sedia maklum, korban pada tahun ini adalah pada bulan Julai 2021. Walaubagaimanapun, hebahan awal ini adalah untuk memberi peluang kepada kariah yang ingin melakukan Ibadah korban secara caruman/ansuran bulanan ataupun bayaran penuh. 
 
Harga  lembu dan kambing pada tahun ini telah meningkat kerana PKP. Korban pada tahun ini, satu bahagian lembu adalah RM810. Manakala kambing pula masih lagi belum dibuka buat masa ini. Kepada yang berminat untuk melaksanakan korban, boleh mendaftar melalui sistem masjid (sama seperti khairat). Selepas login  www.masjidpulaiindah.com/login boleh terus ke tab korban dan memilih jumlah yang dikehendaki. Bayaran boleh dibuat terus secara online. Atau sekiranya ingin membayar secara tunai/bank transfer boleh hubungi Dr Zamri Ismail - 019779 9190
 
Masjid Taman Pulai Indah