Masjid Taman Pulai Indah




Polisi & Prosedur Khairat Kematian


  1. PENDAHULUAN

Tabung Khairat Kematian Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru (TKKMTPI) adalah satu tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh Masjid Taman Pulai Indah (MTPI. TKKMTPI ini diamanahkan kepada Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan, MTPI dan diuruskan mulai bulan Januari, tahun 2018.

 

  1. OBJEKTIF PENUBUHAN TKKMTPI

TKKMTPI ditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:

  1. Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar
  2. Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan teratur dan
  3. Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah

 

  1. UNDANG UNDANG KECIL TABUNG KHAIRAT KEMATIAN MTPI

 

3.1. Kelayakan

Dibuka kepada semua penduduk Islam dalam kariah MTPI samada penduduk tetap atau sementara (penyewa).

 

3.2. Tempoh Minima Mendapat Manfaat

Tiada tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan. Ahli layak menuntut manafat  sebaik sahaja mendaftar dengan syarat ahli dalam keadaan sihat dan tidak koma semasa mendaftar.

 

3.3. Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli

  • Umur kemasukan ahli dan pasangannya adalah bermula pada 18 tahun berdasarkan hari jadi akan datang

 

  • Tanggungan Ahli ialah keluarga terdekat iaitu isteri/suami, anak atau anak-anak yang belum berumah tangga atau belum berdikari DAN umur anak tidak lebih 23 tahun kecuali anak Anak yang berumur 18 hingga 23 tahun boleh daftar berasingan bergantung kepada kemampuan keluarga.

 

 

  • Anak angkat yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan statusnya oleh peserta

 

  • Anak tiri yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dikahwini oleh duda/janda semasa tempoh sijil

 

3.4. Jumlah Ahli Keluarga Menerima Manafaat

Faedah khairat dalam satu keluarga (rujuk perkara 4) adalah untuk seramai maksima 3 orang sahaja bagi tempoh satu tahun. Faedah ini juga mengambilkira ahli/keluarga yang meninggal dan dikebumikan di Taman Pulai Indah.

 

3.5. Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan

3.5.1. Ahli keluarga seperti ibu/bapa  yang tinggal bersama tidak perlu memohon menjadi ahli berasingan. Tempoh tinggal bersama hendaklah sekurang-kurangnya 6 bulan ke atas.

3.5.2. Anak atau anak-anak yang sudah mencapai umur lebih 23 tahun dan masih tinggal bersama dengan ahli serta berminat menjadi ahli TKKMTPI, perlulah mendaftar sebagai ahli baru

 

3.6. Sumbangan Yuran Tahunan

Sumbangan yuran tahunan TKKMTPI adalah sebanyak RM40.00 untuk seorang ahli dan tanggungannya yang sah. Bayaran boleh dibuat kepada AJK yang dilantik atau wakil kawasan/Fasa masing-masing.

 

3.7. Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran dikenakan RM10.00 sekali seumur hidup. Ahli yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian.

 

3.8. Ahli Yang Berpindah Kawasan Membayar Yuran Penuh

Seseorang ahli yang telah membayar yuran tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dari Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah LAYAK menuntut manafaat TKKMTPI sekiranya berlaku musibah setelah berpindah.

 

3.9. Ahli Yang Berpindah Kawasan TIDAK Membayar Yuran Penuh

Seseorang ahli yang TIDAK membayar yuran tahunan sepenuhnya dan berpindah keluar dari Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah TIDAK LAYAK menuntut manafaat sekiranya berlaku musibah kematian setelah berpindah. Manakala ahli yang tidak membuat bayaran pembaharuan selama 2 tahun berturut-turut  maka keahliannya tidak aktif. Untuk aktifkan semula dikehendaki membuat bayaran tahunan yang tidak dijelaskan termasuk yuran ahli baru.

Download polisi lengkap di sini

POLISI LENGKAP KHAIRAT KEMATIAN

 

 

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT