Masjid Pulai Indah

Muat Turun Borang Khairat Kematian


Download Borang

Borang Online

Polisi & Prosedur Khairat Kematian


  1. PENDAHULUAN

Tabung Khairat Kematian Masjid Taman Pulai Indah, Johor Bahru ​(TKKMTPI) adalah satu tabung kebajikan yang ditubuhkan oleh Masjid Taman Pulai Indah (MTPI. ​TKKMTPI ini diamanahkan kepada Biro Kebajikan, Sosial dan Kebudayaan, MTPI dan diuruskan mulai bulan Januari, tahun 2018.

 

  1. OBJEKTIF PENUBUHAN TKKMTPI

TKKMTPIditubuhkan untuk memenuhi objektif berikut:

  1. Menyediakan kos perbelanjaan pengurusan jenazah ahli atau tanggungan ahli apabila berlaku musibah kematian dengan kadar segera.
  2. Mengurus dan mengumpul wang Tabung dengan teratur dan bertanggungjawab.
  3. Menyediakan peluang kepada ahli kariah untuk sama-sama menyumbang sebagai amalan kebajikan (infaq) dengan cara membantu ahli atau tanggungannya yang memerlukan bantuan apabila ditimpa musibah kematian.

 

  1. UNDANG UNDANG KECIL TABUNG KHAIRAT KEMATIAN MTPI

3.1. Kelayakan

Dibuka kepada semua penduduk Islam dalam kariah MTPI samada penduduk tetap atau sementara (penyewa).

3.2. Tempoh Minima Mendapat Manfaat

Tempoh minima untuk mendapat manfaat atau kemudahan ialah setelah satu ​(1) bulanmenjadi ahli selepas tarikh pendaftaran sebagai ahli.

3.3. Maksud Ahli dan Tanggungan Ahli

3.3.1.   Umur kemasukan ahli dan pasangannya adalah bermula pada ​18 tahun berdasarkan hari jadi akan datang.

3.3.2.   Tanggungan Ahli ialah keluarga terdekat iaitu isteri/suami, anak atau anak-anak yang belum berumah tangga atau belum berdikari DAN umur anak ​tidak lebih 23 tahunkecuali anak OKU.

Huraian:

Ini bermakna anak-anak, Ibu atau bapa, datuk atau nenek, bapa atau emak saudara, atau saudara mara yang tinggal bersama ahli yang melebihi umur 23 tahun perlu memohon menjadi ahli secara berasingan.

 

3.3.3. Anak angkat yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dibela sejak kelahirannya dan hendaklah disahkan statusnya oleh peserta

3.3.4. Anak tiri yang berumur tidak lebih daripada 23 tahun yang dikahwini oleh duda/janda semasa tempoh sijil berkuatkuasa.

3.4. Jumlah Ahli Keluarga Menerima Manafaat

Faedah khairat dalam satu keluarga (rujuk 3.3) adalah untuk seramai maksima 3 orang sahaja bagi tempoh satu tahun. Faedah ini juga mengambilkira ahli/keluarga yang meninggal dan dikebumikan di Taman Pulai Indah.

3.5. Pendaftaran Ahli Keluarga Secara Berasingan

3.5.1. Ahli keluarga seperti ibu/bapa, ibu/bapa mertua dan datuk/nenek yang tinggal bersama perlu memohon menjadi ahli berasingan.

3.5.2. Anak atau anak-anak yang sudah mencapai umur ​lebih 23 tahundan masih tinggal bersama dengan ahli serta berminat menjadi ahli TKKMTPI, perlulah mendaftar sebagai ahli baru

3.6. Sumbangan Yuran Tahunan

Sumbangan yuran tahunan ​TKKMTPI adalah sebanyak RM25.00 untuk seorang ahli dan tanggungannya yang sah. Bayaran boleh dibuat kepada AJK yang dilantik atau wakil kawasan masing-masing.

3.7. Yuran Pendaftaran

Yuran pendaftaran dikenakan RM5.00 sekali seumur hidup. Ahli yang mendaftar akan diberikan satu kad keahlian.

3.8. Ahli Yang Berpindah Kawasan Membayar Yuran Penuh

Seseorang ahli yang telah membayar yuran tahunan SEPENUHNYA dan kemudian berpindah keluar dari Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah LAYAK menuntut manafaat TKKMTPI sekiranya berlaku musibah setelah berpindah.

3.9. Ahli Yang Berpindah Kawasan TIDAK Membayar Yuran Penuh

Seseorang ahli yang TIDAK membayar yuran tahunan sepenuhnya dan berpindah keluar dari Taman Pulai Indah dalam tempuh tahun berkenaaan adalah TIDAK LAYAK menuntut manafaat sekiranya berlaku musibah kematian setelah berpindah.

  1. MANAFAAT KEPADA AHLI ATAU WARIS APABILA BERLAKU KEMATIAN

Berikut adalah manafaat yang diperolehi oleh ahli yang mendaftar

Bil. Keperluan Kadar Bayaran (RM)
1.

Belanja pengurusan jenazah meliputi urusan mandi, kafan, upah penggali kubur, batu nisan, batu paket keranda, kebersihan dan penanda kubur dan saguhati kepada Imam

 800.00 (ahli,suami atau isteri)

500.00 (Anak)

2.

Kos kenderaan jenazah ke tanah perkuburan Kangkar Pulai

80.00
3.

Majlis Tahlil berserta kudapan untuk 3 malam berturut-turut yang diadakan di MTPI. Walaubagaimanapun, ahli atau waris boleh mengadakan majlis tahlil di rumah atau tempat lain dengan perbelanjaan sendiri

0.00
4.

Wang Ehsan TUNAI sebagai bantuan segera kepada ahli atau waris.

120.00
5.

Pengkebumian waktu malam ( KOS TAMBAHAN ) kepada pihak pengurusan kubur 

(100.00)*
  JUMLAH KOS KESELURUHAN 1000.00
6.

Pengebumian di luar kawasan:

a) Ahli atau waris layak mendapat sumbangan tunai RM800.00.

b) Urusan dan bayaran kenderaan jenazah ditanggung oleh ahli atau waris sendiri

 

800.00

 

*Nota:Jumlah kadar bayaran adalah berubah dari masa kesemasa mengikut pihak tanah perkuburan dan pengurusan jenazah

 

  1. CARTA ALIR PROSEDUR DAN KAEDAH BAYARAN PENGURUSAN JENAZAH

  1. DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK PENGURUSAN JENAZAH

Bagi melancarkan urusan pengurusan jenazah dan tuntutan bayaran, ahli atau waris di mohon untuk menyerahkan satu salinan (fotokopi) dokumen berikut kepada pihak pengurusan:

 

  1. Salinan kad pengenalan atau sijil lahir (yang belum ada kad pengenalan )
  2. Salinan surat kematian
  3. Salinan surat kebenaran pengebumian oleh pihak polis
  4. Salinan kad pengenalan orang yang membuat tuntutan.

 

Maklumat Pengurus Tanah Perkuburan

Tanah Perkuburan Kangkar Pulai

Tn Hj Mahmud

0137049400

Tanah perkuburan Bkt Alif

Tn Hj Majid

0127553187
    *
  1. JAWATAN KUASA PENGURUSAN TABUNG KHAIRAT KEMATIAN

Ahli Jawatan Kuasa Pengurusan Tabung Khairat Kematian, Sesi 2018-2020

(Untuk Pendaftaran Ahli, Bayaran Yuran, Manafaat dan Penerangan Lanjut)

 

Nama

Jawatan

No Telefon

Alamat

 

 

 

 

Dr Shahrir Hashim

Pengerusi

0197439751

6, Jln PI 3/3

 

/Ketua Biro

 

 

 

Kebajikan,

 

 

 

Sosial dan

 

 

 

Kebudayaan

 

 

En Maznan Musa

Timbalan Pengerusi

0197570015

8, Jln PI 8/9

 

Pengerusi

 

 

Dr Zamri Ismail

Setiausaha

0197799190

1, Jln PI 4/5

En Wan Mohd Nasrudin Wan Abd Karim

Bendahari

0137766758

6, Jln PI 4/9

Dr Abdul Razak Rahmat

AJK

0197947730

7, Jln PI 1/6

Pn Siti Azizah bt. Makmon

AJK

0167134686

40, Jln 6/8

Hjh Khadijah bt. Embong

AJK

0137997624

8, Jln 3/9

En Alpian Hj Hamid

Setiausaha

01132128837

 

 

SEPAKAT MEMBAWA BERKAT