Masjid Taman Pulai Indah

Sukarelawan Ramadhan MTPI


  • 18 March 2021
  • Aktiviti
  • Superadmin



Sukarelawan Ramadhan MTPI
 
Sedar atau tidak, Ramadhan tahun ini sudah menghampiri kita. Kurang sebulan lagi ramadhan akan tiba. Alhamdulilah situasi pandemik di Malaysia semakin pulih. Kita berdoa agar keadaan akan pulih sepenuhnya agar kita dapat menggunakan peluang ramadhan tahun in dengan lebih bermakna. 
 
Pada tahun ini Masjid Taman Pulai Indah sedang merancang program-program yang dapat menyemarakkan ramadhan bukan sahaja di masjid tetapi juga di Taman Pulai Indah dan kawasan sekitarnya. Kepada yang berkemampuan, sumbangan dari segi kewangan amat dihargai (www.masjidpulaiindah.com/derma) dalam usaha membantu penduduk setempat yang menghadapi tekanan akibat pandemik COVID-19. Selain menyumbang dari segi kewangan, kami ingin menjemput sukarelawan-sukarelawan untuk menyumbang dari segi kepakaran dan tenaga kerja. 
 
Kami di Masjid Taman Pulai Indah mempunyai jumlah tenaga kerja yang terhad tetapi mempunyai idea-idea menarik untuk diimplimentasi di masjid, terutamanya di bulan Ramadhan ini. Kami sedia maklum bahawa di kawasan taman kita ini terdapat ramai ahli kariah yang berkebolehan dan ingin menyumbangkan sesuatu kepada komuniti setempat. 
 
Di sini kami ingin menyediakan ruang kepada mereka yang berminat untuk menyumbang tenaga, atau kepakaran dalam menjalankan program ramadhan pada tahun ini. Dalam program  sukarelawan myMasjid ini kami akan menyediakan surat lantikan rasmi dan juga sijil kepada sukarelawan yang terpilih. Kami sedang mencari anda yang menepati mana-mana kriteria berikut dan mampu memberikan sedikit komitment sebagai sukarelawan:-
 
1) Petugas Keselamatan
2) Petugas Am (bantu program berbuka, tarawih dan sahur)
3) Petugas Pembersihan
4) Jurufoto
5) Rekabentuk Poster untuk program Ramadhan dan Aidilfitri
6) Mengambil video masjid untuk program Ramadhan dan Aidilfitri
7) Video Editing 
8) Copywriting
9) Social media Facebook, Instagram,Youtube post
10) System Developer (PHP + Javascript)
 
Tugasan yang akan diberikan hanyalah cebisan kecil di mana kami mengharapkan ramai yang tampil untuk membantu. Jika ramai yang membantu seorang sedikit insyallah akan dapat menghasilkan impak yang besar. Contohnya rekabentuk poster, seorang hanya akan bantu merekabentuk satu poster sahaja, dan petugas am akan bertugas sekali sahaja sebulan. 
Sukarelawan yang berjaya dan berpotensi akan diserap sebagai pekerja sambilan/diupah untuk menghasilkan material untuk pihak masjid.
 
Kepada yang berminat sila hubungi daftarkan diri anda di sini 
www.masjidpulaiindah.com/sukarela