Masjid Taman Pulai Indah

Bantuan Sara Hidup Masjid Taman Pulai Indah


  • 19 February 2021
  • Aktiviti
  • Superadmin



 
Adakah keluarga anda memerlukan bantuan akibat PKP kali ini? Tahukah anda yang anda boleh memohon bantuan daripada Masjid.
 
Masjid Taman Pulai Indah menyediakan barang keperluan asas untuk mereka yang memerlukan. Jika anda mengenali sesiapa yang memerlukan boleh hubungi kami menggunakan link ini.
 
https://masjidpulaiindah.com/bantuan
 
Sebahagian dari kita, Allah lapangkan rezeki supaya dapat membantu saudara lain yang kurang bernasib baik. Sesiapa yang ingin memberi bantuan kepada mereka yang memerlukan, pihak masjid mengalu-alukan sumbangan anda samada dari segi kewangan atau barang keperluan. Sila layari link ini utk membuat sumbangan.
 
https://masjidpulaiindah.com/derma
 
#bantuanmasjid #kitajagakita #covid19